Video oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

Didatangkan dengan enam rekaan diberi nama Sweet Helena, Sweet Helena-Swarovski, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena dan Silky Helena, rekaan koleksi kali ini merangkumi hijab segera (instant hijab), selendang dan skaf.

Koleksi Helena diilhamkan bersempena tema bakeri dan kek dengan lebih 20 warna-warna  pastel ditawarkan selain penggunaan material gabungan fabrik bawal dan chiffon Korea.

Menampilkan dua jenis rekaan iaitu tanpa batuan Swarovski dan bersama batuan Swarovski, koleksi itu boleh didapati di butik Naelofar Hijab dan laman web jenama tersebut bermula hari ini dengan tawaran harga bermula RM60 hingga RM99. - UTUSAN ONLINE