Pegawai Penerangan Jabatan Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, tindakan merampas semua barangan itu ekoran perniagaan yang dijalankan tidak mempunyai premit dan lesen.

“Kami telah mengambil tindakan sita terhadap premis terbabit di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 dan Akta Pusat Siber Dan Kafe Siber (MPS) 2007.

“Kita sentiasa berusaha untuk memerangi kegiatan perjudian haram di sekitar Selayang ini dengan melakukan operasi secara kerap dan mengenakan kompaun antara RM1,000 hingga RM25,000 mengikut kesalahan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE