Presiden dan Ketua Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, empat inisiatif ilmuwan tersebut membabitkan kelestarian dan kebersihan negeri; Pembangunan teknologi maklumat (ICT); membanteras gejala sosial dan pemerkasaan sains, teknologi serta matematik dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata, kesemua inisiatif tersebut adalah hasil kolobrasi MPN selama tiga hari bersama komuniti di negeri ini.

“Aktiviti kemasyarakatan lebih berfokus kepada objektif memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat selain berkongsi maklumat berkaitan kesihatan, teknologi maklumat, pertanian, pendidikan dan pembangunan sosial.

“MPN juga akan melaksanakan forum bagi menyelami denyut nadi rakyat, forum ilmu bersama masyarakat, usaha membanteras masalah sosial dan dadah serta dialog Profesor bersama pemimpin pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Profesor Bersama Masyarakat yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar.

Raduan berkata, program itu telah mewujudkan hubungan antara para ilmuan dengan komuniti setempat selain menjadi platform MPN untuk mengembeling kepakaran yang sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

“Kita berusaha membantu rakyat Kelantan untuk lebih terbuka untuk membudayakan perkongsian ilmu.

“MPN merasakan bertanggungjawab untuk turun padang menyampaikan maklumat yang tepat tanpa sebarang kecenderungan politik,” katanya. - UTUSAN ONLINE