Video oleh NURAIKHA SHARIPUL BAHARI

Yang Dipertua (MPKB-BRI), Datuk Zamri Ismail berkata, pihaknya telah melupuskan sebanyak 1,221 botol shisha manakala minuman keras pula sebanyak 2,428 (botol besar); 2,320 (botol kecil) serta 209 tin.

"Kebanyakan minuman keras yang dirampas adalah daripada kedai yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

"Operasi rondaan dilakukan pada setiap malam bagi membanteras aktiviti shisha ini bermula dari awal tahun lalu hingga hari ini.

"Kesemua hasil rampasan itu telah melupuskan hari ini pada pukul 10 pagi ini tapak pelupusan sampah Kampung Telong, Bachok," katanya ketika ditemui selepas majlis pelupusan barangan rampasan tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak.

Sementara itu, Zamri berkata, pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan lebih tegas terhadap peniaga sekitar di daerah ini pada masa akan datang. - UTUSAN ONLINE