Monograf Baitulmuqaddis, Introducing the new terminology of Isla­mic Jurusalem and its field of inquiry, ditulis oleh Prof. Dr. Abd. Al-Fattah El-Awaisi, pensyarah jemputan UUM.

Monograf tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris (22 muka surat) dan diterjemahkan ke bahasa Arab, membicarakan secara khusus tentang Islam di Baitulmuqaddis, bertitik tolak pada 1994.



Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, penghasilan Monograf Baitulmuqaddis adalah bagi membantu 10 mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di pe­ringkat Sarjana di Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmuqqadis (IEIJS), UUM.

“Konflik yang berlaku di Asia Barat khususnya orang Islam Palestin adalah konflik yang berlarutan dan mendapat perhatian dunia.

“Hari ini kita tahu Baitulmuqaddis menjadi milik bangsa Yahudi sedang­kan ia sepatutnya hak orang Islam Palestin. Pemilikan Baitulmuqaddis oleh satu bangsa sahaja (Yahudi) turut menafikan hak mereka yang beragama Kristian kerana tidak semua bangsa Palestin itu adalah beragama Islam.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita fahami keadaan dan mengetahui Islam di Baitulmuqaddis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang dan Pelancaran Monograf Baitulmuqaddis Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmuqaddis (IEIJS) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah IEIJS, Dr. Amirruraasyid Yatiban dan Prof. Dr. Abd. Al-Fattah El-Awaisi manakala Kumpulan Utusan Melayu sebagai media rasmi.

Mohamed Mustafa berkata, UUM perlu menjadi hub pendidikan dalam mengkaji masalah Islam Palestin di Baitulmuqaddis kerana ia bukan isu yang melanda orang Islam Palestin tetapi isu itu adalah bersifat global.

“Apabila kita melahirkan gra­duan PhD, mereka ini perlu dilengkapi dengan maklumat dan fakta untuk membolehkan mereka membicarakan tentang perbezaan dan sekaligus, mempertahankan hujah mereka di peringkat antarabangsa.

“Maka itulah, jika orang Yahudi ini mempunyai pusat pe­ngajian dan penyelidikan mereka sendiri yang mengetengahkan agenda dan perjuangan mereka di bumi Baitulmuqqadis, dengan adanya monograf ini, [email protected] boleh dikaji secara lebih terperinci,” ujarnya.