Video UTUSAN ONLINE

Jelas Mohamad, beliau juga merasakan tidak akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya itu nanti.

"Rasa-rasanya PRU-15 saya tidak akan lagi bertanding di Rantau, saya akan bertanding di Parlimen pulak kan.

"Tapi bertanding di Rantau, Parlimen pun bertanding juga kan, takkan sudah dapat 'girlfriend' baharu, orang tua kita tinggalkan," katanya sewaktu berucap dalam ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sendayan di sini malam tadi.

MOHAMAD HASAN berucap ketika hadir berkempen di PDM Kampung Sendayan di Rembau malam tadi. - UTUSAN

MOHAMAD HASAN berucap ketika hadir berkempen di PDM Kampung Sendayan di Rembau malam tadi. - UTUSAN ONLINE/ABD RAZAK AID

Kenyataan Mohamad itu seterusnya disambut sorakan dan tepukan gemuruh kira-kira 300 penduduk dan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir. 

Mohamad kemudiannya ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut dan hanya tersenyum. 

Sementara itu, Mohamad yang juga merupakan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau pada 13 April nanti turut memberitahu, UMNO dan Pas akan bersepakat dalam pembahagian kerusi di peringkat DUN dan Parlimen. 

"Saya sedang menyusun atur BN, insya-Allah tuan-tuan, kita susun elok-elok nanti, pada PRU-15, UMNO, BN begitu juga rakan-rakan Pas dan lain-lain akan bangkit," katanya. - UTUSAN ONLINE