Si cantik ini yang masih solo menegaskan, buat masa sekarang dia belum terbuka hati untuk menerima cinta daripada mana-mana pemuda.

Penjelasan Mira barangkali akan membuatkan lelaki-lelaki di luar sana boleh menarik nafas lega.

Kalau nak dengar kenapa Mira memilih untuk bersendirian, ikuti rakaman video yang dibuat oleh wartawan Utusan Online.

Sementara itu, Mira turut memberitahu dia bakal berlepas ke New York, Amerika Syarikat pada bulan depan.

Tujuannya ke sana adalah untuk menyertai New York Modest Couture Fashion Week. - UTUSAN ONLINE

Video oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN