Bagi Milo, sukan memainkan peranan penting sebagai pendidik untuk membentuk karakter dan mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak demi masa depan yang lebih baik selain membantu mematangkan mereka agar terus berusaha untuk mengecapi kecemerlangan berterusan.

Milo juga turut memanfaatkan inovasi teknologi dengan menyalurkan maklumat berguna kepada kanak-kanak dan mendorong mereka agar lebih aktif melalui pengenalan Milo Champions Band iaitu gelang kesihatan untuk kecergasan tubuh kanak-kanak yang dikendalikan menerusi aplikasi mudah alih Champ Squad bagi memudahkan ibu bapa memantau kadar nutrisi dan aktiviti anak-anak mereka. - UTUSAN ONLINE