Setiausaha Sulit Kanan beli­au, Jessylina Mat Lazim berkata, pada tahun ini Abdul Rahman me­me­gang watak uta­ma klip video Aidil­fitri bersama isteri, Da­tin Seri Norazlina Awang Had seolah-olah menggunakan aplikasi gajet untuk meraikan para tetamu.

“Setiap tahun ka­mi cuba berbincang bersama rakan-rakan di pejabat supaya ada ke­lainan yang ditampilkan oleh menteri. Tahun lalu bermain alat muzik sambil bernyanyi dan pada tahun ini beliau membuat sedikit gimik berlakon bersama isteri­nya.

“Video ini bukan sahaja untuk memberi ucapan raya melalui cara yang lebih kreatif tetapi bagi mengeratkan hubungan kami se­sama warga pejabat yang saban hari bekerja keras untuk memastikan tugas dan amanah yang tergalas di bahu dilaksanakan sebaik­nya,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Jessylina, idea itu tercetus selepas melihat banyak syarikat, agensi kerajaan dan individu membuat pelbagai cara unik lain untuk kongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi.

“Justeru itu kami mengambil peluang untuk berkongsi detik kegembiraan dan ini lah cara kami untuk meluahkan rasa gembira kami dalam menyambut Syawal,” katanya.

Sehingga kini, klip video yang dimuat naik di akaun YouTube te­lah disaksikan lebih 2,000 orang.