Mazlan yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis kontinjen yang sama berkata, tiga tumpuan utamanya terdiri daripada jenayah ragut, dadah dan perjudian serta pelacuran.

“Sehingga 16 Oktober lalu, indeks jenayah Polis Kuala Lumpur menunjukkan penurunan sebanyak 27.07 peratus, dan masih terlalu awal untuk saya ulas mengenai sasaran saya, namun itulah keutamaan saya selepas memegang jawatan ini.

“Selain itu, saya juga akan menumpukan kepada latihan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diumumkan kerajaan bila-bila masa sahaja lagi,” katanya ketika ditemui wartawan selepas Majlis Serah Terima Tugas yang bertempat di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Turut berlangsung adalah serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang antara Mazlan dan bekas Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zainuddin Yaacob. - UTUSAN ONLINE