Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar, antara ciri pesawat yang sedang dikenal pasti itu termasuk keupayaan untuk terbang lebih lama dan turut mempunyai keupayaan mengangkut.

Ketika ini, Maritim Malaysia mempunyai tiga buah helikopter AS365 N3 Dauphin, tiga buah helikopter AW139 dan dua buah pesawat Bombardier CL415 MP yang digunakan bagi operasi pemantauan sempadan, dan mencari dan menyelamat.

"Kami sedang mengenal pasti jenis pesawat yang diperlukan," kata Zulkifli dalam sidang akhbar mengenai sambungan kerjasama bagi meningkatkan kapasiti pendidikan dan latihan Maritim Malaysia dan menggalakkan kerjasama di antara negara-negara jiran bersama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Wakil JICA di Malaysia, Fukawa Kensuke dan Kaunsel Ekonomi Kedutaan Jepun, Kazushi Izuchi.

Dalam perjanjian yang ditanda tangani pada 2 April lalu itu, JICA menerusi Pasukan Pengawal Pantai Jepun akan membantu meningkatkan tahap latihan pegawai dan anggota Maritim Malaysia. - UTUSAN ONLINE