Video oleh AZLAN AZIZ

MASOOD IDRIS
MASOOD IDRIS

Majlis diadakan di Hotel KOBEMAS, Melaka turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Mohd Rashid Mohd Sidek  dan Yang Dipertua GMGBM, Mohd. Radzali Abdullah.

Persaraan wajib beliau sebagai Guru Besar berakhir di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Jalan Bakri, Muar, Johor pada 23 September 2017 yang lalu setelah memulakan perkhidmatan sebagai pendidik sejak 1 Januari 1978.

"Para pendidik perlu bersedia dalam menghadapi cabaran dalam mendidik pelajar demi menaikkan nama sekolah sejajar dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah disasarkan,” kata Masood ketika ditemui Utusan Online.

Tambah beliau, Kepimpinan guru amat penting untuk terus mengungguli nama sekolah. Mereka perlu positif, berani menghadapi cabaran, berfikiran terbuka dan bersedia menunjuk arah dalam mendidik pelajar.

"Jika kita nak berjaya, kita perlu berubah demi diri sendiri bukannya demi orang lain dan kita perlu sedar bahawa kelak kitalah pewaris dalam memimpin,” katanya.

Dilahirkan pada 23 September 1957 di Kampung Melayu Panchor, Muar. Beliau merupakan seorang guru yang komited terhadap tugasnya terutama selama memimpin GMGBM yang telah banyak menyumbang bakti, ideal dan tenaga. - UTUSAN ONLINE