Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Malaysian Delight lambang kejayaan anak Melayu di perantauan

Malaysian Delight di Kanada 2
PASANGAN suami isteri, Zakaria Pohji dan Mek Eshah Omar mengusahakan restoran masakan Malaysia di Vancouver, Kanada. - UTUSAN ONLINE

VANCOUVER, Kanada 4 Julai - Jarak perjalanan yang mengambil masa lebih 30 jam sehala dari Kuala Lumpur ke Kanada membuktikan kejayaan boleh dicipta di mana sahaja, asalkan ada kemahuan.

Malah, pasangan suami isteri yang telah bermastautin lebih 20 tahun di sini berjaya muncul sebagai satu-satunya pengusaha restoran makanan halal berkonsepkan Malaysia, Malaysian Delight di negara yang majoritinya mempunyai masyarakat berkulit putih dan terpaksa bersaing dengan beberapa restoran yang hampir serupa.

Bagi Mek Eshah Omar, 49, tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan makanan Malaysia di negara asing timbul selepas ‘jatuh cinta’ dengan persekitaran Kanada yang terletak berhampiran Amerika Syarikat (AS).

“Niat asal pada mulanya hanya sekadar bercuti. Namun tak sangka selepas mencuba akhirnya ia membuahkan hasil sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui Utusan Online baru-baru ini.

Dengan usaha gigih bersama suaminya, Zakaria Pohji, 48, mereka menyajikan pelbagai jenis makanan Malaysia dan juga Thailand termasuk kuih-muih.

Di samping itu, restoran mereka turut menjadi tumpuan pelbagai golongan yang ingin mencuba masakan dari Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Video oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain