"Kita datang bukan untuk meminta wang tetapi datang sebagai sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan bakal berada dalam kalangan 20 negara maju

'Kita datang untuk beritahu bahawa  kita boleh dijadikan rakan untuk memerangi keganasan dengan kita mengamalkan Islam sebenar, " katanya semasa berucap pada majlis makan malam bersama pelajar dan rakyat Malaysia di AS di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Perdana Menteri berkata,  Malaysia berharap hubungan baik dengan AS terus diperkukuhkan sebagaimana hubungan dengan rakan di Asia termasuk China, Jepun dan Asia Barat.

"Malaysia negara kecil berbanding AS yang  berkeluasan 30 kali lebih besar tetapi kita nenjadi  negara rakan dagang ke-18 AS dari segi eksport selain pelabur yang signifikan di AS,," katanya sambil berharap dapat meneroka  peluang pelaburan baharu semasa bertemu Trump.

Najib berkata, pertumbuhan pesat yang berlaku di Malaysia termasuk pembinaan MRT, kereta api laju Singapura-Kuala Lumpur, lebih raya Pan Borneo dan keretapi laju Kelantan-Kuala Lumpur tidak menunjukkan Malaysia sebagai negara gagal sebagaimana didakwa pembangkang.

Menurutnya, semua yang dilakukan beliau untuk memastikan Malaysia berada dalam landasan yang betul.

"Kita buat ini untuk generasi muda sekarang. Kita nak tingalkan negara yang berjaya," jelasnya.

Yang turut hadir majlis makan malam itu  isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique.-UTUSAN ONLINE