Menurut Kementerian Luar, triti tersebut ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi pihak kerajaan Malaysia.


“Dengan menandatangani triti tersebut, Malaysia berganding dengan negara-negara lain dalam mengusulkan suatu mesej politik yang tegas bahawasanya senjata nuklear hendaklah ditolak serta menggesa supaya senjata-senjata tersebut dihapuskan sepenuhnya dan secara mutlak dengan secepat mungkin.  


“Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear ini merupakan suatu suratcara undang-undang yang kukuh, boleh dilaksanakan dan memperkasakan norma-norma sejagat mengenai anti senjata nuklear,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia berharap kesan dari segi politik dan perundangan triti tersebut ke atas gagasan mengenai perlucutan senjata nuklear akan seterusnya menjana suatu hala tuju baharu yang diperlukan ke arah penghapusan senjata tersebut dan mewujudkan dunia yang bebas senjata nuklear.-UTUSAN ONLINE.