Sebanyak 5,000 naskah akhbar berkenaan akan diedarkan secara percuma hari ini kepada orang ramai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Menurut Mahdzir yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tulisan jawi yang merupakan warisan bangsa perlu terus dipertahankan semua pihak selain diperluaskan menerusi platform-platform digital.


Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail. - UTUSAN ONLINE