Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] MAB agih bubur lambuk kepada kakitangan Kumpulan Utusan

KETUA Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd., Peter Bellew (tengah) 2
KETUA Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd., Peter Bellew (tengah) mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Utusan Melayu Malaysia (M) Berhad hari ini .Turut kelihatan, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan , Datuk Othman Mohamad (kanan). - UTUSAN ONLINE/SHAIFUDIN MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 16 Jun - Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Kumpulan Utusan meneruskan jalinan hubungan baik dengan menganjurkan program pengagihan bubur lambuk kepada warga kerja kumpulan media tersebut.

Lebih manis, pengagihan bubur lambuk sebanyak 400 bekas itu dlakukan sendiri oleh Ketua Pegawai Ekekutif MAB, Peter Bellew di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Bellew berkata, program seumpama itu perlu dikekalkan pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja dapat memberi kakitangan syarikat penerbitan akhbar juadah berbuka, tetapi turut memberi impak terhadap jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Saya mempunyai pengalaman yang baik di Malaysia dan dengan program seperti ini amat penting bagi mengekalkan hubungan baik syarikat dengan media untuk menerangkan kebangkitan semula Malaysia Airlines (MAS).

“Saya fikir seluruh negara mahukan MAS kembali mencatatkan kejayaan, seluruh kakitangan kami bekerja keras untuk menjadikan syarikat penerbangan ini sebagai satu kebanggaan negara,” katanya.

Terdahulu Bellew dan delegasi dibawa melawat Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo! serta diberikan sedikit penerangan mengenai perjalanan penerbitan akhbar berpengaruh di negara ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkifli Hamzah; Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail dan Pengarang Berita Ekonomi Utusan Malaysia, Johardy Ibrahim. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain