Ini kerana penggunaan teknik berkenaan seperti China telah menunjukkan prestasi yang baik terutamanya untuk melakukan jual beli secara atas talian tanpa sempadan.

Ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, sudah tiba masa bagi rakyat Malaysia untuk terlibat sama dalam perniagaan sedemikian.

“Lebih-lebih lagi bidang makanan merupakan antara pasaran yang sangat mempunyai nilai permintaan yang sangat tinggi di seluruh dunia.

“Kita mahu perubahan ini berlaku sekali gus membantu rakyat Malaysia mencapai tahap ekonomi yang lebih baik setaraf dengan ahli perniagaan dari luar negara,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Amanat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, melalui transaksi kod QR tersebut, tukaran mata wang atau bayaran tunai yang melecehkan tidak diperlukan lagi.

“Semuanya di hujung jari. Melalui imbasan kod QR, kita (pengguna) dapat tahu ke mana transaksi itu tuju dan bila barangan akan tiba atau bagaimana perkhidmatan dapat diselesaikan dengan pantas.

“Selain itu, kita juga mahu orang ramai terutamanya pengguna produk daripada kementerian ini dapat mengetahui pelbagai info sekali gus meningkatkan kepercayaan mereka terhadap produk-produk Malaysia berdasarkan ulasan yang diberikan oleh pengguna sebelumnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE