Video oleh FAUZI SUHAIMI

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, kerja-kerja penyelenggaraan di stesen MRT Bukit Bintang giat dijalankan.

Keadaan di sekitar tapak pembinaan stesen MRT kembali kepada situasi biasa de­ngan tiada lagi lencongan, sekali gus melancarkan trafik.

Seorang jurutera telekomunikasi, Hazman Mat Sum, 31, berkata, MRT akan melonjakkan Bukit Bintang untuk terus menjadi ikon negara dengan peningkatan pengunjung ke ka­wasan tersebut.

“Pelancong dan orang ramai akan berpuas hati dengan akses yang mudah dan MRT satu daripadanya,” katanya ketika ditemui di sini.

Seorang jurujual di sebuah pusat beli-belah terkenal, Nurul Farahin Irwan Effendi, 19, pula menyatakan bahawa, dengan adanya MRT hasil jualan para peniaga di kawasan itu juga pasti bertambah.

“Apabila ramai pengunjung, perniagaan juga akan maju kerana kuasa membeli me­ning­kat,” ujarnya.

Laluan SBK mempunyai 31 stesen dengan 19 stesen baharu bagi fasa kedua laluan Semantan-Kajang di mana tujuh daripada merupakan stesen bawah tanah.

Seorang jurujual, Noradzlin Jahar, 24, berkata, MRT bukan sahaja bakal memudahkan para pengunjung “Bukit Bintang akan sentiasa sesak de­ngan jumlah kenderaan yang banyak setiap hari dan MRT akan memudahkan lagi orang ramai yang bekerja di kawasan sekitar,” jelasnya.