Perhimpunan yang diadakan di Dataran Putra, Presint 1 di sini selepas solat Jumaat itu dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) mengadakan perhimpunan bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menter

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) mengadakan perhimpunan bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletak jawatan ekoran kegagalan menangani ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya di Dataran Putra, Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE/ JUANI MUNIR ABU BAKAR

Laungan ‘Allahuakbar’ oleh orang ramai mengisi himpunan itu sebagai tanda solidariti kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terkorban ketika bertugas di rusuhan kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) mengadakan perhimpunan bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menter

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) mengadakan perhimpunan bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletak jawatan ekoran kegagalan menangani ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya di Dataran Putra, Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE/ JUANI MUNIR ABU BAKAR

Perhimpunan yang diketuai Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya itu berhimpun di Dataran Putra terlebih dahulu sebelum berarak ke Bangunan Perdana Putra bagi menyerahkan memorandum.

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) mengadakan perhimpunan bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menter

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) mengadakan perhimpunan bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletak jawatan ekoran kegagalan menangani ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya di Dataran Putra, Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE/ JUANI MUNIR ABU BAKAR

Difahamkan, isu kandungan memorandum berkenaan antara lain bagi mendesak Waytha Moorthy meletak jawatan selepas gagal memainkan peranan sewajarnya dalam menjaga perpaduan masyarakat di negara ini. - UTUSAN ONLINE