Pada program yang sama pembinaan lima papan tanda Kempen Kesedaran Keselamatan di Laut hasil usahasama badan korporat UMW Oil & Gas Corporation Berhad dan HESS Corporation turut disempurnakan.

Larian tersebut dilepaskan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, penganjuran program seumpama itu penting bagi mendekatkan masyarakat dengan agensi tersebut.

Menurutnya, perkongsian maklumat, pendedahan tentang aspek keselamatan di laut dititik beratkan dan dapat disampaikan secara terus kepada golongan sasar.

“Kali ini Maritim Malaysia mendapat sokongan penuh daripada badan korporat seperti UMW Oil & Gas Corporation Berhad dan HESS.

“Syarikat ini turut sama memainkan peranan bersama dengan kita untuk mewujudkan kesedaran tentang keselamatan di laut khususnya untuk penduduk tempatan di Tok Bali,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, pembinaan lima papan tanda itu adalah yang pertama dibina di negara ini membabitkan kolaborasi Maritim Malaysia dan badan korporat.

“Kami amat mengalu-alukan kerjasama seumpama ini daripada lain-lain agensi kerajaan, swasta mahu pun NGO yang berminat serta boleh dijadikan sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka terhadap masyarakat.

“Di samping acara larian sejauh lima kilometer yang diadakan, terdapat pelbagai lagi pendedahan diberi kepada pengunjung yang hadir antaranya pameran keselamatan oleh Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia,” katanya. - UTUSAN ONLINE