Ketua Unit Kawalan Harga KPDNKK Kelantan, Muhammad Zaki Mohamad berkata, kes berkenaan melibatkan operasi yang berlangsung sehingga Jun tahun ini dengan nilai rampasan berjumlah RM39,046.76.

“Kita berusaha menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab dan tindakan notis di bawah akta berkenaan sudah dikeluarkan.

“Peniaga yang gagal atau enggan memberi penjelasan terhadap kenaikan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya selepas membuat Operasi Pelaksanaan Pemantauan dan Pemeriksaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Pasar Besar Siti Khadijah di sini hari ini.

Operasi yang berlangsung selama dua jam itu melibatkan 10 pegawai KPDNKK. - UTUSAN ONLINE