Majlis pelepasan konvoi yang mendapat sokongan Petronas tersebut diadakan di stesen Petronas Technology Park Sungai Besi hari ini itu disempurnakan oleh Naib Presiden Pemasaran Perhiliran Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus.

Syed Zainal Abidin berkata, selain merapatkan ukhuwah dalam kalangan peminat sukan motosikal berkuasa tinggi, konvoi itu bermatlamat untuk mempromosi jenama minyak pelincir Petronas Sprinta dengan Ultraflex.

“Acara yang kita sertai ini ibarat sambil menyelam dan minum air. Selain dapat berhimpun dalam acara terbesar, kita juga dapat mempromosi produk keluaran kita,” katanya kepada Utusan Online.

Beliau menambah, Phuket Bike Week 2018 pada 11 hingga 14 April ini merupakan platform yang berkesan mempromosi jenama minyak pelincir Petronas kerana pesta tersebut membabitkan kehadiran pemilik motosikal dari seluruh rantau Asia. - UTUSAN ONLINE