Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Raja Abdul Jalil Raja Zaid berkata, sehingga kini, sebanyak 154 buah kediaman terlibat dalam projek tersebut yang merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik ke rumah-rumah yang berada di luar bandar.

Jelas beliau, projek tersebut melibatkan Kampung Orang Asli Sungai Choh, Ulu Kinta membabitkan kos RM2.7 juta; Kampung Sadang Camp di Mukim Belanja di Seri Iskandar (RM583,258) dan Kampung Sungai Chawang di Changkat Jong, Teluk Intan dengan kos RM909,665.

"Selain itu, projek tersebut juga dilakukan di Perkampungan Kampung Tersusun Bikam di Mukim Sungkai (RM322,789); Perkampungan Orang Asli Pecah Batu di Sungai Jurong Slim Village (RM1,132,910); Kampung Matang 36 di Kerian (RM136,000) dan Ulu Kampar di Teja melibatkan kos terbesar iaitu RM5,286,612.

"Daripada tujuh projek tersebut, enam daripadanya telah siap 100 peratus manakala hanya projek di Kampung Sadang Camp sahaja masih berjalan dan kerja-kerja yang dilakukan kini 50 peratus siap dan akan selesai tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada program lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ke tapak projek BELB di Kampung Baru Sungai Chawang, di sini hari ini.


Video oleh SYEFRY MONIZ MOHD. NIZAR

Program tersebut diadakan bersempena Program Pemukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak yang bermula semalam hingga Sabtu ini.

Kampung Baru Sungai Chawang yang terletak dalam sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira 20 kilometer dari jalan utama itu dihuni 16 buah keluarga yang telah hampir 40 tahun tiada bekalan elektrik sebelum perkhidmatan itu disalurkan TNB secara rasmi bermula 15 April lepas. - BERNAMA