Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, kertas cadangan itu dijangka siap dalam masa terdekat dan diserahkan kepada kerajaan negeri minggu depan.

“Bahagian Perundingan dan Pencegahan SPRM akan kaji kelemahan dalam sistem dan prosedur sedia ada yang menjurus rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita telah kenal pasti beberapa kelemahan dan sekarang di peringkat akhir menyiapkan kertas cadangan bagi menambah baik sistem supaya kelemahan ini dapat diatasi,” katanya selepas menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Negeri Johor yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama-sama sembilan exco kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Dzulkifli berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada kerajaan negeri lain bagi mengelakkan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan perumahan Bumiputera daripada berlaku. - UTUSAN ONLINE