Video oleh MUHAMMAD HASIF IDRIS

Ketua Unit Perancang Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd., Mohd. Nizam Daut berkata, kerja-kerja asas berjalan mengikut jadual yang ditetapkan walaupun belum melibatkan kerja fizikal di tapak landasan rel.

"Ini termasuklah kerja-kerja asas, pembinaan kem induk, kem satelit dan laluan masuk ke kawasan pembinaan. Malah, hampir kesemua kem-kem iduk ECRL telah siap dibina iaitu di Tunjong, Kelantan, Kg. Raja, Kuala Nerus, Dungun, Kemaman (Terengganu), Mentakab dan Bentong (Pahang).

“Selain itu, segala arahan yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan pihak berkuasa tempatan dipatuhi oleh China Communications Constuction Company (CCCC) selaku kontraktor utama yang bertanggungjawab terhadap pembinaan landasan, pemasangan sistem dan aspek kejuruteraan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan laporan terkini projek ECRL di pejabat stesen di Tunjong, di sini hari ini. –UTUSAN ONLINE