Graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Muhamad Taufiq Ab. Aziz, 27, yang hadir pada sesi temu duga itu berkata, kenaikan itu merupakan berita baik dan mampu meringankan beban kos sara hidup pelatih SL1M.

“Kenaikan itu sekurang-kurangnya mampu memberi penambahan kewangan kepada pelatih untuk menyimpan wang atau membayar hutang belajar.

“Masa kini, kos sara hidup semakin meningkat, jadi, dengan adanya kenaikan elaun itu, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban para pelatih,” katanya ketika ditemui Utusan Online pada program tersebut di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini hari ini.

Sementara itu, menurut graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Fatimah Abd. Nasir, 24, kenaikan elaun tersebut diyakini mampu menjadi penyuntik semangat kepada para pelatih untuk terus mencari pengalaman bekerja.

“Perkara ini merupakan berita baik buat kami semua pencari kerja terutamanya mereka yang sudah lama menganggur.

“Selain itu, saya berharap SL1M dapat diteruskan pada masa hadapan kerana banyak memberi faedah dan manfaat buat graduan yang sedang mencari kerja,” katanya.

Semalam, Najib berkata, kenaikan elaun itu akan memberi lebih motivasi kepada pelatih dan memenuhi keperluan mereka yang kebanyakannya datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan.– UTUSAN ONLINE