Video oleh RASHID MAHFOF

Sambutan tersebut dimulakan dengan persembahan cahaya berwarna-warni sempena Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2017.

Persembahan itu menampilkan kelainan dengan penggunaan teknik, teknologi visual dan audio terkini serta pencahayaan beresolusi tinggi di dalam pemetaan bercahaya tiga dimensi (3D) di fasad bangunan Istana Kehakiman.

Kiraan detik tahun baharu seterusnya dimulakan sebelum pengunjung diserikan dengan pertunjukan bunga api secara langsung dan pertunjukan bunga api digital.

Yang turut hadir, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail.

Terdahulu, pada program sama, PPj turut menyampaikan hadiah Pertandingan Lampu Kreativiti 3R kepada organisasi yang berjaya menghasilkan rekaan arca berunsurkan kitar semula sempena penganjuran Lampu 2017 sepanjang tiga hari lalu. - UTUSAN ONLINE