Video oleh ROSMIZAN RESDI

Ketua Setiausahanya, Dr. Mohd. Ghazali Abas berkata, senarai berkenaan telah dinilai berdasarkan keadaan rumah serta keperluan mereka.

Beliau berkata, pihaknya turut memfokuskan bantuan kepada generasi kedua dengan menyediakan latihan kemahiran kepada mereka.

"Kita akan bekerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi membantu menyediakan latihan kemahiran kepada mereka.

"Malah bantuan yang kita berikan ini bukan dalam bentuk 'one off' tetapi secara berterusan bermula sekarang sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan," katanya pada Program Bantuan Keluarga Miskin Negeri Kelantan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Datuk CM Vignaesvaran Jeyandran dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja semenanjung Malaysia, Wan Zulkifli Wan Setapa.

Pada program berkenaan, Mohd. Ghazali sempat meluangkan masa melawat tiga buah rumah di Kampung Landar di sini dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai.

Sementara itu, seorang penerima, Zawiah Ismail,42, berkata, dia amat syukur dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan ini.

"Kami hidup dalam serba kekurangan , malah keadaan rumah ini juga agak uzur dengan atap yang bocor serta dinding rumah yang mula reput.

"Kunjungan hari ini amat bermakna buat kami sekeluarga kerana sebelum ini, kami tidak pernah menerima sebarang bantuan," katanya. - UTUSAN ONLINE