Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian menerima 20,470 permohonan pertukaran guru bagi sesi Jun tahun ini.


“Terdapat pelbagai alasan yang diterima dalam permohonan pertukaran guru yang dibuka Januari lalu... permohonan paling tinggi yang diterima adalah guru duka lara iaitu sebanyak 6,635 permohonan.


“Selain itu, alasan permohonan adalah tempoh berkhidmat (4,126 permohonan), permohonan bersama (3,655 permohonan), sakit kronik (674 permohonan), ancaman keselamatan (139 permohonan) dan selebihnya pelbagai alasan lain.


“Bagaimanapun pada sesi Jun ini, hanya 2,825 atau 13.8 peratus permohonan yang diluluskan kerana tidak mahu menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran terutama bagi mereka yang mengajar di kelas-kelas peperiksaan awam,” katanya di sini hari ini.


Menurut Mahdzir, pihaknya berharap mana-mana guru yang gagal dalam permohonan ini bersabar kerana masih mempunyai peluang untuk sesi pertukaran Oktober ini dan Januari tahun depan.