Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Roslan Ismail berkata, Tutor dilihat berupaya dijadikan bahan tambahan dan berkesan bagi meningkatkan penguasaan sesuatu mata pelajaran dalam kalangan pelajar.

Sehubungan itu, jelasnya, pi­hak­nya mengambil keputusan untuk melanggan 2,124 naskhah Utusan Malaysia bagi kegunaan pelajar-pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga yang akan menduduki SPM dan PT3 pada tahun ini.

“Langganan Tutor sebagai ba­han tambahan pembelajaran terbukti memberi impak positif kepada pencapaian sekolah sekali gus membantu pelajar meningkatkan penguasaan terhadap sesuatu mata pelajaran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Eksekutif Wilayah Tengah I Utusan Melayu (M) Berhad, Azmir Mohd. Noor dan wakil pemasarannya, Mohd. Naeem Nazaruddin.

Sementara itu, Penolong Kanan (Akademik) SMK Saujana Utama, Hasbe Omar memberitahu, terdapat 1,095 pelajar di sekolah tersebut yang akan menduduki SPM dan PT3.

Menurutnya, Tutor bukan sahaja memaparkan cetusan dan perkembangan minda malah maklumat yang disajikan juga menarik perhatian pelajar.

Beliau menambah, meman­dangkan kandungan Tutor yang hampir 100 peratus mengambil kira sukatan pelajaran, beliau mencadangkan kepada PIBG untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada bahan tambahan dalam pembelajaran.

“Saya berharap dengan Tutor ini akan membolehkan pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PT3 berbanding tahun lalu dan terus mengekalkan SMK Saujana Utama sebagai antara sekolah terbaik di daerah ini.

“Kandungan Tutor memerlukan pelajar berfikiran kritis kerana merangkumi kemahiran pembelajaran secara berkumpulan dan aktiviti mencari. Saya yakin pelajar dan guru akan sama-sama menggunakan Tutor untuk mendalami kemahiran sedia ada,” ujarnya.