Dengan mengenepikan segala protokol, Perdana Menteri meluangkan masa selama kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri kehidupan dilalui Intan bersama ayah, Osman Jusoh, 77 dan ibunya, Siti Zabedah Saidin, 69, di Kampung Kodiang Lama Luar, Mukim Kepelu, dekat sini.

Tiba kira-kira pukul 6.30 petang, Perdana Menteri yang turut diiringi Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah bersama isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad turut menyalurkan sumbangan peribadi selain menyampaikan kotak Barakah sumbangan kerajaan negeri.

Intan ketika ditemui Utusan Malaysia mengakui, kunjungan Perdana Menteri ke rumahnya adalah kenangan yang amat manis dan tidak akan dilupakan selain berterima kasih terhadap semua bantuan diberi. - UTUSAN ONLINE


Video oleh MOHD. RAFIE AZIMI