Pameran koleksi kasut berkenaan yang pertama kali dipamerkan di Asia, selepas di London sebelum ini, bakal menyaksikan sepasang kasut terakhir yang direka pereka itu yang tidak sempat diambil beliau kerana telah terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya 20 tahun lalu.

Pameran yang bertajuk My Tribute to Diana merupakan antara pengisian sepanjang lima hari penganjuran acara tersebut yang telah memasuki tahun keempat selain acara pentas peragaan, pameran gaya hidup, pertunjukan kereta antik serta koleksi vintage jenama minuman popular.

MFW 2017 kali ini mengangkat tema Art Beyond Fashion - The Capsule Collection yang mendapat kerjasama daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Stylo International, Mercedes Benz, Coca-Cola dan Airbnb. - UTUSAN ONLINE