Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Karnival Amal Hari Penyayang kutip dana RM1.9 juta

Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah (dua
Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah (dua dari kanan) dan Tunku Soraya Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah (tengah) tertarik dengan jualan barangan kraf sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2017 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 19 Mei – Karnival Amal Hari Penyayang 2017 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berjaya mengutip dana sebanyak RM1.9 juta bagi dibe­lanjakan untuk kerja-kerja kebajikan.

Pengerusi penganjuran karnival tersebut, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, jumlah itu dijangka akan terus bertambah sepanjang karnival itu berlangsung sehingga Ahad ini.

“Kejayaan karnival ini dapat diterjemahkan dengan kutipan berjuta ringgit selama 19 tahun penganjurannya yang telah digunakan untuk menjalankan pelbagai program untuk kebaikan rakyat miskin dan memerlukan.

“Alhamdulillah, kutipan ba­gi tahun ini telah mencapai jumlah RM1.9 juta di mana jum­lahnya dijangka bertambah se­hingga karnival ini berakhir lusa dengan kesemua dana ini akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan YSB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan dalam majlis perasmian karnival tersebut yang disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Yang turut hadir Raja Puan Muda Perak, Tan Sri Tunku Soraya Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSB; Setiausaha Kerajaan Ne­geri, Datuk Bakar Din serta beberapa exco kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kerja Raya, Pelanco­ngan dan Warisan, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid.


Video oleh ISMAIL KAMADIN

Beliau yang juga Pengelola Bijaya Diraja serta Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah berkata, dana yang dikumpul pada tahun ini memfokuskan kepada pemerkasaan aspek kesihatan komuniti yang telah dirancang sebelum ini.

“Antaranya, YSB akan melan­carkan sebuah bas bergerak dinamakan ‘Klinik Katarak 1Malaysia’ yang dilengkapi dengan peralatan pemeriksaan mata bagi mengenal pasti empat jenis penyakit yang memberi kesan terhadap mata iaitu katarak, ralat pembiasan, diabetes dan glaukoma.

“Bas tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sekali gus membukikan YSB sentiasa mengambil berat tentang peranan, penjagaan serta kebajikan pihak memerlukan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain