Video oleh ASMA HANIM MAHMOOD

Hal ini kerana sejak awal bulan lalu, pihak yang mendakwa sebagai kontraktor projek ECRL telah membina jalan sementara merentasi sebahagian kawasan sawah di Kampung Pulau Tebu, Kampung Tiong Dalam dan Kampung Kubang Kacang tanpa pampasan atas kerugian akibat kemusnahan anak padi yang baru tumbuh.

Kira-kira 50 pemilik tanah dan pesawah padi di kawasan terjejas musykil kerana wakil kontraktor hanya membayar antara RM4 hingga RM100 sahaja, kononnya bagi tempoh sewaan enam bulan kawasan tanah yang digunakan untuk kemudahan lori dan jentera keluar masuk.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Tunjong, Azami Awang berkata, pihak berwajib wajar turun padang memberi penjelasan dan bukannya membiarkan penduduk terkontang-kanting berhadapan kontraktor sendirian.

“Wakil daripada Pejabat Tanah tidak pernah datang berjumpa dengan penduduk dan hanya kontraktor sahaja yang datang dan seolah-olah memaksa penduduk menandatangani surat kebenaran menggunakan tanah.

“Sekiranya benar ada pihak yang ingin mengambil tanah, kami memerlukan hitam putih mengenai apa perancangan dan juga projek yang dijalankan, kami bukannya menolak pembangunan tetapi kesal dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya. - UTUSAN ONLINE