Jenazah yang dibawa menaiki pesawat KL744 dari Lima, Peru pada Sabtu lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 2.30 petang tadi selepas mengharungi penerbangan lebih 32 jam.

Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam urusan membawa keluar jenazah Syzlin dari negara Amerika Selatan itu untuk dibawa pulang ke negeri ini.

Terdahulu, jenazah tersebut disambut ibu saudaranya, Robiah Yusuf, 69, serta kakak kandungnya, Rusyidah Hataman, 57, sejurus dibaw ke Masjid Tun Hussein Onn, Larkin di sini untuk disembahyangkan kira-kira 200 jemaah.

Syzlin, 43, dikebumikan di sebelah kubur sepupunya, Norabdah Mahmood, 47, yang meninggal dunia pada 23 September lalu.

Syzlin dilaporkan meninggal dunia di Nacional Dos De Mayo Health Facility, Peru pada 7 Oktober lalu kerana komplikasi disebabkan beberapa penyakit selepas dimasukkan ke hospital tersebut.

Dia yang berasal dari Pontian dipenjara dan terkandas di negara itu sejak lapan tahun lalu setelah menjalani hukuman penjara selama empat tahun menghidap beberapa penyakit termasuk asma dan kencing manis. - UTUSAN ONLINE