Allahyarham Mohd. Azmil, 65, dibawa menaiki van jenazah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang dari kediamannya di Kondominium Sri Permata, Seksyen 9, di sini untuk diurus dan disembahyangkan dijangka selepas solat asar. 

Turut hadir ialah ahli-ahli keluarga serta kenalan Allahyarham. 

Jenazah Allahyarham kemudiannya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini. - UTUSAN ONLINE