AZIH MUDA
AZIH MUDA

Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda, pemberian itu menjadi tanda keprihatinan kerajaan untuk membantu kakitangan awam membuat persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya tidak kisah berapa pun jumlahnya, tetapi apabila kerajaan mengumumkan bonus kepada kakitangan awam itupun sudah memadai.

“Janji ada bonus, sebab itulah yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan awam,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Cuepacs hari ini.

Hari ini ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 bagi kakitangan Kumpulan Sokongan dan RM200 bagi pesara. - UTUSAN ONLINE