Video oleh ALIF FADLI MOHD. SORI

Katanya, dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan cerita tersebut namun dia tidak dapat mengelak apabila sering kali ditanya ramai pihak tentang kontroversi berkenaan.

"Saya minta kepada semua agar berhenti buat spekulasi, berhenti buat dakwaan dan berhenti bertanya. Saya rasa cukup sudah dan perkara itu sudah habis.

"Tapi saya bertuah kerana di kelilingi oleh orang-orang yang positif. Saya sekarang lebih tenang dan boleh menjalani hidup seperti biasa,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam pada itu juga mengganggap apa yang berlaku adalah cara tuhan menegurnya atas apa sahaja kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. - UTUSAN ONLINE