Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Jangan berpecah kerana mazhab – Imam Masjidil­ha­ram

MEKAH 12 Mei – Timbalan Ketua Imam Masjidil­haram, Sheikh Sa­leh Al Taleb (gambar) berkata, perbeza­an maz­hab antara umat Islam tidak boleh dijadikan benteng peng­halang untuk mereka bersatu.

 

Katanya, tidak kira apapun mazhab yang mereka pegang, umat Islam mesti bersatu bagi menghadapi pelbagai cabaran termasuklah mempertahankan kota ini yang dianggap ‘jantung’ kepada agama Islam.

“Jika terdapat sebarang percanggahan pandangan berkaitan Islam mereka perlu kembali merujuk kepada al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas kerana kita tidak harus membenarkan perbezaan mazhab memecah-belahkan mereka.

“Ini memandangkan dalam keadaan apapun umat Islam menyembah Allah yang satu, berpegang kepada al-Quran dan mengikut ajaran Rasulullah SAW,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan peserta Program Umrah anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi, di sini, malam tadi.

Dalam ceramah hampir sejam itu juga, Sheikh Saleh turut menegaskan, umat Islam seluruh dunia bertanggungjawab untuk mempertahankan kota ini daripada sebarang ancaman kerana ia merupakan jantung Islam.

Katanya, semua orang Islam mempunyai hubungan dengan kota Mekah dan apa yang mereka lakukan bagi mempertahankannya adalah satu jihad.

“Kita perlu mengenang semula bagaimana Rasulullah SAW menghadapi pelbagai cabaran da-lam mengembangkan Islam di sini sehingga baginda diusir,” katanya.

Katanya lagi, ca­baran seumpama itu akan terus dihadapi oleh umat Islam tetapi apa yang pen­ting mereka mesti bersatu, bersabar dan bergan­ding bahu serta bekerjasama bagi mempertahankan Islam.

“Jika ketika zaman nabi dahulu mereka mengorbankan segala-galanya bagi menyebarkan Islam dan mempertahankan rantau ini maka kita juga harus bersedia me­lakukan perkara yang sama,” katanya yang juga hakim Mahkamah Agung Mekah.

Beliau berkata, program umrah yang dijalankan oleh kerajaan Arab Saudi bertujuan membolehkan umat Islam dari pelbagai negara bertukar-tukar fikiran dan mengambil faedah daripada perbezaan pengalaman di negara ma­sing-masing mempromosikan Islam. – Utusan

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain