Video oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, beliau sendiri turut meneliti maklumat yang disalurkan oleh masyarakat melalui aplikasi tersebut.

“Maklumat-maklumat ini kemudian akan diserahkan kepada anggota untuk tindakan susulan.

“Melalui aplikasi ini, banyak maklumat disalurkan antaranya berkaitan dadah serta kemalangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Kepolisan Berprofil Tinggi di Plaza Low Yat di sini hari ini.

Menurut Mazlan, orang ramai diminta berdaftar dalam aplikasi VSP bagi membantu pihak polis membanteras apa jua kegiatan jenayah.

Tambah beliau, orang ramai juga perlu menghubungi pihak polis dengar kadar segera sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah.

“Apa yang penting, maklum kepada polis dahulu. Jangan ambil gambar kerana ia akan memberi kesan kepada pihak polis,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE