Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Sehubungan itu, Pengerusi SPAN, Datuk Liang Teck Meng meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk tidak menuding jari terhadap Kerajaan Persekutuan dan pihaknya berhubung isu yang berlaku.

Beliau menjelaskan, SPAN telah meminta Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) untuk melakukan kerja pembaikan bagi mengatasi masalah penurunan paras air dengan segera setelah perkara itu dikesan awal tahun ini.

“Jadi tidak timbul isu sabo­taj. Dua tahun lalu, pernah timbul tuduhan berlakunya pencemaran di salah satu LRA tetapi akhirnya dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

“Kami minta jangan politikkan isu air di Selangor. Kepada Kerajaan Negeri Selangor, kami ingin tekankan keputusan ambil alih syarikat konsesi air terma­suk Splash terletak sepenuhnya di bahu anda dan bukannya Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, Teck Meng memberitahu, SPAN mengarahkan Splash mengemukakan laporan audit berhubung kerosakan LRA SSP3 selewat-lewatnya 23 Mac ini.

Katanya, SPAN hari ini memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kerosakan di loji rawatan air berkenaan secara menyeluruh.

“Sebelum menjalankan siasatan, kami perlu mendapatkan audit berkenaan terlebih dahulu daripada pihak Splash” katanya.