Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Insiden pemandu kereta, penunggang motosikal tular di media sosial

Myvi guna lorong kecemasan
KEJADIAN melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Lebuh Raya Baharu Lembah Kelang (NKVE) yang tular di media sosial, semalam⁠⁠⁠. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 April - Video memaparkan kejadian sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih memandu di lorong kecemasan dan menghimpit sebuah motosikal di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), semalam menjadi tular di media sosial hari ini.

Paparan berdurasi 1 minit itu menunjukkan kereta berkenaan dipandu menggunakan lorong kecemasan ketika trafik sesak dan tindakan pemandu berkenaan ditegur oleh seorang penunggang motosikal.

Namun, mungkin disebabkan berang ditegur, pemandu kereta itu kemudiannya dilihat cuba menghimpit penunggang motosikal berkenaan sehingga hampir jatuh.

Tindakan pemandu itu membangkitkan kemarahan penunggang motosikal yang kemudiannya menendang cermin sisi Perodua Myvi tersebut sebelum beredar.

Insiden itu bertambah panas apabila perbuatan penunggang motosikal tersebut menyebabkan pemandu kereta marah lalu mengejarnya. - UTUSAN ONLINE

Video MEDIA SOSIAL

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain