Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, usaha ini dilakukan melalui kerjasama strategik dalam bidang berkaitan imigresen di peringkat nasional dan antarabangsa khususnya di ASEAN.

“Kerjasama ini merangkumi bidang pertukaran pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang bermanafaat kepada kedua-dua pihak.

“Melaksanakan penyelidikan bersama termasuk input strategik dan dasar dalam mencapai matlamat kedua-dua agensi terbabit, “ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan syarahan Integrasi ASEAN bertajuk ‘Kedaulatan dan Keselamatan Tanpa Kompromi’ di UKM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE