bersyukur sebaik sahaja menerima berita bahawa anaknya terselamat dalam insiden tersebut.

Berita tersebut dimaklumkan kira-kira pukul 6.30 petang hari ini kepada Rokiah Mohamad, 65, oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang menziarahi keluarga berkenaan di Kampung Binjai hari ini.

Rokiah berkata, dia amat bersyukur sebaik sahaja mendengar berita tersebut walaupun dia dimaklumkan Rahimi kini berada di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan kerana terkena tembakan di bahagian rusuk.

“Selepas mendapat berita mengenai insiden tersebut menerusi televisyen saya tidak mampu berbuat apa-apa selain berdoa keselamatan anak, cucu dan semua yang berada di masjid ketika itu

“Kini saya amat bersyukur kerana dimaklumkan bahawa dia selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini hari ini.

Menerusi laporan Nzherald.co.nz, Rahimi dipercayai berada dalam keadaan selamat selepas dipercayai terkena tembakan.

Manakala, anak lelakinya, Ahmad Razif, 11, yang berada di luar masjid ketika insiden berlaku sempat di selamatkan jemaah lain.

Walaubagaimanapun, setakat ini Wisma Putra masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan Rahimi yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat tenusu di Christchurch. - UTUSAN ONLINE