Video oleh SHAHARANI SAIBI

Bagi Ahmad Soffi Kadri, 49, laporan pentaksiran ini sangat baik kerana ianya tidak memfokuskan kepada pencapaian akademik anak-anak sahaja.

“Kita akui mungkin tugasan seorang guru bertambah dengan adanya PPSR ini, namun sebenarnya pentaksiran itu membuka minda ibu bapa supaya tidak bergantung kepada jumlah A diterima tetapi melihat bakat atau kebolehan anak mereka dalam bidang lain.

“Kadang-kadang anak-anak tidak menunjukkan bakat mereka di rumah, tetapi di sekolah anak-anak bersama rakan menunjukkan kebolehan dalam bidang yang diminati,” katanya yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Sementara itu, Jafri Hassan, 51, menyifatkan PPSR yang dilaksanakan kerajaan itu dilihat lebih holistik dan integriti dalam merumuskan penilaian murid darjah enam.

“Ini kerana guru-guru akan memberi penilaian setiap murid mengikut subjek sekaligus berupaya mendidik murid supaya lebih belajar bersungguh-sungguh,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE