Ketua Unit Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Shaharizan Ibrahim berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa menyokong penyertaan pelajar dalam pertandingan yang dapat membantu mengembangkan bakat dan kemahiran mereka selain kedua-dua faktor tersebut.

“Pertandingan video pendek ini yang berlangsung sejak awal tahun ini bagus dalam membantu pelajar-pelajar untuk membentuk dan memupuk kemahiran dan kreativiti mereka (pada masa sama) mencapai masa depan yang cerah,” katanya.



Beliau berucap dalam majlis penyampaian hadian pertan­dingan Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online April-Mei di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah wakil Orlando Holdings, Joey Thum Pui Yee; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damai Perdana, Cheras, Selangor; SMK Convent Batu Pahat, Johor; SMK Bandar T6, Kluang, Johor dan SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor muncul pemenang hadiah utama pertandingan yang berlangsung sehingga akhir tahun ini.

Shahrizan turut menggalakkan pelajar dari semua sekolah agar menyertai pertandingan itu berdasarkan faedah dan sumbangannya kepada pembangunan mereka.

“Kepada para pelajar dan pemenang pertandingan ini, saya menggalakkan kamu semua menguar-uarkan pertan­dingan ini kepada rakan-rakan dan menggalakkan mereka menyertainya,” katanya.