Walaupun pada dasarnya, hujan itu sedikit mengganggu perjalanan program di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, misi untuk memperjuangkan kesucian agama Islam itu diteruskan.

Program Himpunan Kebangkitan Ummah melibatkan hampir 400 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Malaysia dan program bermula dari pukul 9 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 2 petang nanti. - UTUSAN ONLINE