Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Hospital Pakar Puteri, Haliza Khalid berkata, usaha tersebut dimulakan sejak dua minggu lalu dengan menggunakan 500 botol plastik kitar semula.

“Usaha ini melibatkan semua kakitangan daripada jururawat hingga pentadbiran pihak hospital selain mewujudkan kesedaran sayangi Malaysia dengan menyelamatkan alam sekitar.

“Pada awalnya kita mengumpul 1,702 botol plastik kitar semula untuk mencipta bendera gergasi tetapi selepas itu hanya 500 botol plastik dipakai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Bendera Gergasi Malaysia Tangani Plastik di hospital tersebut di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE