Tegas baginda, peristiwa yang diabadikan sebagai permulaan takwim hijrah itu membawa makna yang lebih besar daripada perpindahan dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

“Hakikatnya peristiwa itu turut melibatkan hijrah daripada lemah kepada gagah, tertindas menjadi bebas, melarat kepada berdaulat serta kehidupan hidup yang dikelilingi urusan kebatilan kepada berada di bawah naungan dan keredaan Allah.

“Ingatlah, tanpa kemahuan untuk berhijrah, mustahil buat kita merencana kemajuan umat kerana Islam amat menitik beratkan serta mendidik umatnya supaya tekun berusaha bagi mencapai kejayaan,” titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1439 peringkat negeri di Dewan Seri Negeri, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE